23 Oktober 2008

HOTNEWZ : Khairul Pilihan Tepat

Khairul Anuar Baharom bakal mengukuhkan benteng pertahanan Selangor musim depan setelah posisi itu sering dilihat bermasalah sejak beberapa musim lalu.

Khairul yang mencecah usia 34 tahun pada 26 April lalu dilamar oleh Red Giant bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pertahanan import, Evans Chisulo berikutan larangan pemain import beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata dia mahu membuktikan kehadirannya dapat memberi persaingan sihat di kalangan pemain pertahanan sekali gus membantu mengukuhkan benteng terakhir skuad dari Lembah Kelang itu.





Sumber : Kosmo Online

22 Oktober 2008

HOTNEWZ : Fazrin penggempur baru skuad KENARi

TUGAS berat menanti penyerang baru Kedah, Mohd. Farizal Rozali menjelang saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) musim 2009 yang bermula Januari depan.


Pemain berusia 25 tahun itu telah diberi tugas menggantikan bekas penyerang prolifik skuad Kenari, Marlon Alex James yang berhijrah ke Vancouver Whitecaps FC, Amerika Syarikat.


Begitupun menurut Mohd. Farizal dia yakin untuk meneruskan kegemilangan Marlon dengan tunjuk ajar daripada ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah serta sokongan moral penyokong pasukan Hijau Kuning.

Sumber : Kosmo Online

12 September 2008

HOTNEWZ : Larangan Pemain Import Kekal

Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melarang pemain import beraksi dalam Liga Malaysia mulai musim depan muktamad walaupun terdapat suara-suara yang mendesak agar arahan itu dikaji semula.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin menegaskan, keputusan tersebut telah dipersetujui dan ia akan tetap diteruskan kerana pihaknya yakin larangan itu membolehkan pemain tempatan mengetengahkan bakat mereka setiap kali perlawanan.

Keputusan melarang pemain import beraksi mulai musim depan adalah muktamad dan FAM tidak akan berganjak, malah tidak akan meminda keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini.

keputusan mesti mempunyai pro dan kontra, namun dalam kes ini kita yakin bahawa ia membawa lebih banyak kebaikan kepada pemain tempatan daripada kekurangan
Sumber : Utusan Malaysia

23 Julai 2008

PIALA MALAYSIA

Kedah skipper ready for action after injury spell
“In all my eight seasons with the Kedah senior squad, this has been my most frustrating year. I suffered one injury after another, and the tight competition schedule meant there was insufficient time to recover fully from each injury,” said Victor yesterday. Read more...

Ifran beri amaran pemain terus fokus
"Saya harap semua pemain terus fokus apabila menentang Johor PG, mengekalkan rentak persembahan dan semangat juang tinggi seperti mana ketika memenangi tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini," kata Irfan Bakti. Selanjutnya...

Terengganu mahu kalahkan Sarawak demi maruah
“Saya penuh yakin dengan pemain yang ada termasuk pemain import, Jocian Bento, mampu beraksi cemerlang untuk memburu gelaran Piala Malaysia musim ini,” kata Pengurus Terengganu, Shaikh Ahmad Tajuddin. Selanjutnya...

Slot suku akhir menjadi impian MyTeam musim ini
“Biarpun prestasi sedikit menurun, baki dua perlawanan memberi kelebihan kepada kami kerana dua pasukan iaitu Perlis dan Perak hanya berbaki satu perlawanan. Ini bermakna peluang kami untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik mampu tercapai,” kata Irwan Fadly Idrus. Selanjutnya...

22 Julai 2008

CakapBola : Ke Mana Hala Tuju Liga Malaysia ?

Kenapa Piala Malaysia yang dulu masyhur sebagai pertandingan paling tua di Asia dan sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat, sudah hilang serinya?

Selanjutnya...

06 Jun 2008

Indonesia uji Malaysia di Surabaya

Jurulatih negara, B. Sathianathan menampilkan adunan pemain bawah 23 tahun dengan tonggak senior pada kesebelasan utamanya apabila menghadapi Indonesia dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Surabaya, hari ini. Ia tampak seperti eksperimen terbarunya selepas kerap bergantung kepada kebanyakan pemain bawah 23 tahun walaupun bagi perlawanan bertaraf senior seperti Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia 2010 pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Selanjutnya...

15 April 2008

HOTNEWZ : Perlis intai Farderin

Selepas mendapatkan pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Azlan Ismail sebagai pemain pinjaman, Perlis berhasrat untuk mendapatkan dua orang lagi pemain lain daripada pasukan kelab juga secara pinjaman bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

enurut jurulatih Perlis, Irfan Bakti, salah seorang pemain yang menambat hatinya ialah penyerang Kuala Muda Naza yang juga bekas penyerang kebangsaan, Farderin Kadir untuk memantapkan lagi jentera serangan pasukannya.

Kad Kuning : 14 Pasukan sertai Liga Super & Liga Perdana

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam, mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji secara serius penyertaan dalam Liga Super pada musim depan agar ditambah kepada 14 pasukan, berbanding 13 ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Annuar Musa berkata, cadangan tersebut dibuat sejajar dengan pandangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya jumlah pasukan yang bertanding pada setiap liga mesti digenapkan bagi memberikan peluang seimbang untuk setiap pasukan.

LIGA PERDANA

KM Naza kian hampiri KL Plus
PENDAHULU Liga Perdana, KL Plus kekal pada landasan untuk meraih tiket ke Liga Super musim depan apabila meraih kemenangan 3-0 ke atas Felda United tetapi kelebihan sebagai peneraju kini dibezakan dengan dua mata selepas Kuala Muda Naza turut mencatat kemenangan malam tadi. KL Plus kini mengutip 53 mata menerusi 21 perlawanan manakala Kuala Muda Naza yang menundukkan Melaka 4-1 mengumpulkan 51 dengan bermain kurang satu perlawanan, sekali gus mempunyai kelebihan untuk muncul juara Liga Perdana musim ini. Selanjutnya...

14 April 2008

LIGA SUPER

Huggins bangga gol julang Kedah
KETUA pasukan Kedah, Cornellius Bernard Huggins menghadiahkan jaringan kemenangan pada minit ke-86 yang memastikan skuad Hijau Kuning menjuarai Liga Super, musim ini kepada peminat nombor satu iaitu Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta juga semua peminat setia pasukan. Menurutnya, dia memang gembira kerana dapat menjaringkan gol pada perlawanan semalam (kelmarin) malah gol itu memastikan piala juara liga kekal di Kedah untuk setahun lagi. Selanjutnya...

One down, two moreto go for Kedah
Kedah became the first team to retain the MSL title since its inception in 2004 and did it with a 2-1 win over Terengganu at Darulaman Stadium on Saturday, and with three matches to spare. Coach Azraai Khor is thrilled at retaining the title and has vowed that his players also want the FA Cup and Malaysia Cup, and if they do it, will be the first ever team to do the treble back to back. More...

07 April 2008

LIGA SUPER

Gergasi Merah Kuning angkat tangan
Jurulatih Selangor, Dollah Salleh sudah mengaku kalah untuk terus menyaingi Kedah dalam perebutan kejuaraan bola sepak Liga Super sekali pun Gergasi Merah masih memiliki empat perlawanan lagi sehingga 3 Mei ini bagi musim 2007-2008. Dengan ketinggalan lapan mata selepas tumpas 1-0 kepada Sang Kenari yang juga juara bertahan liga di Stadium Shah Alam, kelmarin, Selangor kini katanya, wajar mengalihkan sasaran merampas semula Piala FA yang kali terakhir dimenanginya pada 2005. Selanjutnya...

Pemain, penyokong kunci Kedah
Komitmen pemain dan sokongan padu penyokong kunci utama kemenangan Kedah ke atas Selangor di Stadium Shah Alam, kelmarin sekali gus meninggalkan lawan mereka itu di tangga kedua dengan jurang lapan mata. Kata jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah, kemenangan tersebut memberikan tiga mata berharga buat pasukannya yang dalam masa yang sama terpaksa mengharungi masalah kecederaan pemain termasuk yang terbaru kelmarin apabila Samransak Kram mengalami kecederaan lutut. Selanjutnya...

Terengganu gagal menfaat tempat sendiri
TERENGGANU gagal mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Perlis, pada perlawanan tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Pasukan pantai timur itu memulakan perlawanan dengan terus melakukan serangan ke kubu pelawat dan hampir mendahului pada minit ke-24, namun percubaan pemain tengah, Zairo Anuar Zailani dari jarak 25 meter sedikit tersasar di atas palang Perlis. Selanjutnya...

01 April 2008

LIGA SUPER

Pemain boleh digugurkan - Kunju
Pasukan Sarawak yang gagal meraih mata penuh dalam perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sarawak malam semalam dilihat berpunca daripada tipisnya tahap disiplin para pemain skuad utama pasukan Bujang Senang sejak kebelakangan ini. Ia termasuk beberapa pemain yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama dikesan menghabiskan waktu malam berhibur ke kelab malam sehari sebelum perlawanan berlangsung. Selanjutnya...

Kedah tidak akan berangan
Meskipun bayangan untuk mencipta sejarah dengan mengekalkan kejuaraan Liga Super semakin kelihatan, namun ketua jurulatih pasukan bola sepak Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah masih belum mahu memasang angan-angan mengenainya. Biarpun menerajui liga dengan berbaki lima perlawanan untuk ditamatkan, Mohd. Azraai menyifatkan laluan penyandang juara itu masih lagi berliku dan penuh duri kerana beranggapan apa sahaja boleh berlaku dalam sukan bola sepak. Selanjutnya...

18 Mac 2008

KAD MERAH : MB Kedah janji tiket percuma

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberi ‘buah tangan’ kepada penyokong dan peminat pasukan Sang Kenari apabila memutuskan bahawa salah satu perlawanan bola sepak Liga Malaysia antara pasukan Kedah dengan sebuah pasukan lain di Stadium Darul Aman akan diadakan secara percuma.

Presiden KFA, Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar bagaimanapun tidak menyatakan bila keistimewaan masuk secara percuma itu akan diberikan tetapi akan mengumumkannya apabila tiba masanya.

Azizan berkata, hadiah percuma itu merupakan tanda ucapan terima kasih dan penghargaan kerajaan negeri kepada penduduk yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Alternatif. Selanjutnya...

PIALA AFC

Perak jangka pertemuan sukar ATS
Pasukan Perak akan turun dengan misi meraih kemenangan kedua berturut- turut dalam perlawan kumpulan E Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan Angkatan Tentera Singapura (ATS) di Stadium Ipoh, malam ini bagi mencerahkan peluang pasukan itu untuk mara ke pusingan kedua. Dalam perlawanan pembukaan sebelum ini, Perak memulakan kempen Piala AFC dengan bergaya apabila mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas wakil dari Maldives, New Radiant 3-1 di tempat lawan, manakala ATS membelasah Kitchee dari Hong Kong 4-0 di tempat sendiri. Selanjutnya...

Victor mahu Kedah kutip tiga mata di Singapura
KETUA pasukan Kedah, A Victor tidak sabar untuk beraksi kembali ketika Kedah bertemu Home United di Singapura malam ini pada perlawanan Piala AFC selepas berehat lima perlawanan. Menurutnya, dia kini sudah pulih daripada kecederaan pergelangan kaki kanannya dan mampu membantu pasukan Kedah untuk memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong dari Singapura. Selanjutnya...

ExtraTime : Piala FA

Penyu tak sabar jumpa NS
Terengganu mahu memastikan kemenangan milik mereka dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat ini. Kegagalan skuad bimbingan Yunus Alif memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri mungkin mendedahkan mereka kepada pelbagai masalah untuk mara ke pusingan seterusnya apabila bakal bertandang ke Stadium Paroi, 27 Mac ini. Selanjutnya...

LIGA SUPER

Jadual ketat buka peluang Selangor rampas takhta
Kehadiran Piala AFC, hari ini dan Piala FA yang menghimpit jadual perlawanan Kedah dan Perak bakal memudahkan tugas Selangor untuk merampas peranan peneraju persaingan bola sepak Liga Super musim 2007-2008 selepas aksinya yang ke-18, kelmarin. Gergasi Merah bimbingan Dollah Salleh yang berada di tengah Sang Kenari dan Seladang, berpeluang cerah sekiranya musuh mereka gagal mengekalkan tahap kecergasan pemain dan momentum mereka kerana turut mengharungi deretan pusingan kedua Piala FA, Jumaat ini dan perlawanan liga, Ahad ini serta 30 Mac. Selanjutnya...

LIGA PERDANA

KL PLUS terus berada dipersada untuk takhta Liga Perdana
SAINGAN Liga Perdana terus dikuasai KL Plus apabila pasukan bimbingan Mat Zan Mat Aris itu menewaskan Harimau Muda 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam untuk kekal di tangga teratas dengan kelebihan empat mata. Selanjutnya...

KL Plus berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga dengan mencatatkan kemenangan di Stadium Selayang, Selangor menewaskan pasukan Harimau Muda 1-0 hasil jaringan pemain import, Andrian Trinidad pada minit ke-52. Selanjutnya...

17 Mac 2008

ExtraTime : LIGA SUPER

Penang deny forcing coach to take leave
The FA of Penang (FAP) have denied that they had forced chief coach Mohamed Bakar to go on leave following a string of dismal results. The Panthers are rooted to the bottom of the Super League standings and the former national coach was not present when they were beaten 1-3 by Perak on Saturday. It was Moey Yoke Ham who took charge for the team in Ipoh. More...

Percaturan Dollah menjadi
TIGA pertukaran pemain yang dilakukan ketua jurulatih Selangor, Dollah Salleh ternyata menjadi. Kemasukan mereka dilihat membuahkan hasil apabila Selangor mencipta kemenangan 4-3 ke atas Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin. Ketinggalan dua gol pada babak pertama setelah pelawat menjaringkan gol menerusi jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-43 dan Rosdi Talib (45), Dollah bingkas memasukkan pemain tengah, Safiq Rahim menggantikan sayap kiri, Asraruddin Putra Omar. Selanjutnya...

Alpa punca Pahang kalah
Pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam itu, Pahang dilihat mampu mencipta kejutan ke atas Selangor sebelum terpaksa akur dengan kekalahan 3-4. Sekalipun berjaya mendahului 2-0 pada babak pertama, kesilapan mudah yang dilakukan skuad Tok Gajah menyebabkan mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong. Terkilan dengan kekalahan tersebut, Zainal menyifatkan barisannya terlalu alpa sehingga membolehkan Selangor mencipta kemenangan. Selanjutnya...

NS NaZa bazir banyak peluang
EMPAT gol dihasilkan Negeri Sembilan Naza (NS Naza) ketika membelasah Sarawak 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin. Bagi pengendali NS Naza, Wan Jamak Wan Hassan, beliau menyifatkan anak buahnya berpeluang mencipta jaringan lebih besar selepas mensia-siakan beberapa peluang terbaik. Selanjutnya...

Yunus berang aksi penyerang
KEGAGALAN barisan serangan Terengganu menyempurnakan peluang yang terhidang, mengecewakan jurulatihnya, Yunus Alif kecewa apabila mereka sekadar mampu menjinakkan Polis 2-0 di gelanggang sendiri. Malah, penyudahan yang kurang berbisa itu menghalang Terengganu daripada berpesta gol di hadapan penyokong setia sendiri. Selanjutnya...

14 Mac 2008

ExtraTime : Piala FA

Sabah versus POLIS
Sabah will meet Super League strugglers Police in the second round of the FA Cup challenge. Sabah, who received a first round bye, will play the first leg encounter away on March 21, while the return leg at the Likas Stadium is scheduled for March 27. The 1995 champions Sabah are gaining momentum in the Premier League challenge in the fight for promotion, and are currently fifth in the 13-team standings on 27 points, 10 points behind leaders KL Plus, and only six points away from second placed Kuala Muda Naza. More...

Kad MERAH : Nasib empat negeri samar

KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak di empat negeri yang ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu berdepan cabaran getir untuk mengekalkan tradisi kecemerlangan yang pernah dilakar sebelum ini. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, pasukan elit bola sepak negara iaitu Kedah, Selangor dan Perak yang menduduki tangga teratas Liga Super serta Pulau Pinang diramal melalui saat sukar terutama dalam aspek pengurusan dan tajaan.

Dalam hal ini, jelas Kok Chi, kesungguhan pemain dituntut bagi memastikan kejayaan pasukan diteruskan walaupun persekitaran politik berubah.

Katanya, keempat-empat pasukan itu terkenal dengan sejarah kegemilangan bola sepak negara perlu bekerja keras bagi membuktikan mereka pasukan yang bagus bagi menarik penajaan.

‘‘Sukar untuk saya mengulas kesan perubahan politik negeri-negeri terbabit ke atas pasukan bola sepak negeri masing-masing. Cuma saya rasa ini adalah saat sukar yang perlu dihadapi oleh pasukan dan pemain sendiri memastikan mereka terus berdaya saingan dalam saingan tempatan. Jika mereka berjaya, sudah tentu banyak pihak yang tampil memberi tajaan,’’ katanya. Jika mereka berjaya, sudah tentu banyak pihak yang tampil memberi tajaan,’’ katanya.

Selanjutnya...

LIGA SUPER

Akmal, Safee taruhan Dollah

GANDINGAN serangan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Safee Sali bakal menjadi pilihan jurulatih Selangor, Dollah Salleh menjelang pertemuan dengan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, esok. Bekas penyerang kebangsaan itu tidak menolak kemungkinan kembali menggunakan gandingan serangan itu yang menjadi pilihannya musim lalu memandang prestasi penyerang import dari Liberia, Frank Seator kini sedikit menurun. Selanjutnya...

Perlis terpaksa bertandang ke Brunei tanpa awang import

BUAT pertama kali, Perlis yang bertandang ke Bandar Seri Begawan untuk pertemuan Liga Super menentang DPMM FC malam esok, akan menyandarkan harapan 100 peratus kepada pemain tempatan. Ketua Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim berkata, langkah itu tidak dapat dielakkan berikutan dua tonggak import iaitu penyerang utama, Phillimon Chipeta dan rakannya di posisi pertahanan, Kabwe Kamuzati, terpaksa diketepikan. Selanjutnya...

LIGA PERDANA

KL Plus tidak pandang ringan pasukan tercorot
MENYEDARI tiga mata berharga ke atas Tentera dalam aksi Liga Perdana malam ini akan membolehkan pasukannya melebarkan penguasaan di persada liga, jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris mengingatkan anak buahnya untuk tidak memandang ringan cabaran lawan walaupun mereka di tangga tercorot. Bagi bekas ‘Orang Besi’ Kuala Lumpur itu, sikap terlalu yakin pasti akan memakan diri dan mengakui skuadnya juga mempamerkan aksi yang sedikit hambar ketika bertemu pasukan kedua tercorot, Proton FC pada perlawanan Isnin lalu. Selanjutnya...

13 Mac 2008

LIGA SUPER

Khalid-Carlos makin jitu

PEMANGKU Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah berbangga dengan kejayaan 3-1 Seladang ke atas wakil Maldives, New Radiant dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E, Piala AFC di gelanggang lawan malam kelmarin. “Ia permulaan yang baik. Tahniah kepada pemain atas kerja keras serta kesungguhan mereka menghasilkan kejayaan. Kemenangan ini diharap merintis jalan kepada pencapaian gemilang dalam kejohanan ini,” katanya. Selanjutnya...

Pengadil gagal memberi tumpuan

PENGURUS Polis, Giffari Wari mempertikaikan keputusan pengadil apabila membatalkan jaringan Budi Sudarsono dua minit sebelum tamat perlawanan ketika tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Selayang, kelmarin. Giffari berkata kekalahan itu bukanlah disebabkan kehebatan lawan, tetapi kegagalan pengadil memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan hingga membuat keputusan salah pada situasi ‘genting’. Selanjutnya...

Irfan terkilan terlepas mata

KETUA Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim terkilan kerana pemain gagal merealisasikan kemenangan ke atas UPB/MyTeam pada saingan Liga Super di Stadium Utama Kangar, kelmarin. “Saya memang mahu tiga mata daripada perlawanan tersebut selepas sudah beberapa perlawanan gagal berbuat demikian. Apatah lagi sasaran itu sudah berada hampir dalam genggaman selepas mendahului hasil rembatan Chipeta (m-71). Selanjutnya...

Misteri Selangor tanpa Satim

Ketiadaan pengurus pasukan Selangor, Datuk Satim Diman di bangku pasukan dalam perlawanan pertama bola sepak Liga Super sejak negeri itu ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum, Sabtu lalu, mencetuskan tanda tanya terbaru. Walaupun tiupan wisel penamat berakhir semalam, kelibat Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang itu tidak kelihatan namun hanya penolong pengurus, Datuk Subahan Kamal yang masih menemani jurulatih, Dollah Salleh dan barisan pemain simpanan Gergasi Merah. Selanjutnya...

11 Mac 2008

Piala AFC

Azraai: I’m not putting any target for Kedah in AFC Cup
Treble champions Kedah will not be giving top priority to the AFC Cup tournament and that is the reason for coach Mohd Azraai Khor not setting any target for his team. Kedah will be making their debut in the second-tier Asian club tournament and will open their campaign in Group D against Victory FC of Maldives at the Darulaman Stadium in Alor Star tonight. Read More...

PIALA FA

Laluan Kedah mudah
Juara bertahan, Kedah berdepan laluan agak mudah apabila diundi menentang pasukan kedua tercorot Liga Super, Sarawak manakala pertembungan juara 1990 dan 1991, Perak dan Selangor bakal mencuri perhatian dalam perlawanan bola sepak pusingan kedua Piala FA pada 21 Mac ini. Kedah yang nyaris disekat oleh PKNS dalam pusingan pertama sebelum layak dengan agregat 5-4, akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Darul Aman, Alor Star sebelum bertandang ke Kuching, 27 Mac ini. Selanjutnya...

Selangor draw Perak in FA Cup second round
Heavyweights Selangor and Perak have been drawn to meet each other in the second round of the FA Cup competition. The two teams have the distinction of qualifying for the finals five time each since the inaugural competition in 1990. Selangor were the champions on four occasions – 1991, 1997, 2001 and 2005 and Perak triumphed twice in 1990 and 2004. Read More...

LIGA SUPER

Singa Utara tekad elak aib di laman sendiri
KEMAMPUAN mengutip satu mata daripada tiga perlawanan harus mengundang rasa gelisah ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim dan pengendali itu tanpa pilihan menuntut anak buahnya turun ke gelanggang merampas mata penuh apabila menentang UPB MyTeam dalam saingan Liga Super di Stadium Utama Kangar, malam ini. Namun, dia akur betapa hajat itu sukar dicapai dengan prestasi semasa skuad Singa Utara, tambahan menempah kekalahan 2-4 kepada lawan itu dalam perlawanan pertama pada 12 Januari lalu. Selanjutnya...

LIGA PERDANA

PLUS FC kukuhkan cengkaman liga
PENDAHULU Liga Perdana, Plus FC meneruskan rentak kemenangan apabila membenam cabaran Proton FC 3-0 untuk terus menguasai persada Liga Perdana tatkala pasukan tangga kedua Johor Pasir Gudang tewas kepada Kelantan dan kini diambil alih Kuala Muda yang menundukkan Kuala Lumpur. Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, selepas babak pertama yang seimbang, Andrian Dario Trinidad memecah kebuntuan lima minit selepas babak kedua disambung dengan tandukan mudah hasil hantaran lintang Alex Agbo yang menewaskan penjaga gol Proton, Mohd Syamil Baharudin. Selanjutnya...

HOTNEWZ

Tiga Pendahulu Terasa Bahang
TIGA pasukan teratas Liga Super - Kedah, Selangor dan Perak - kini pasti merasai tempias keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Sabtu lalu apabila pasukan berpengaruh dalam bola sepak di tanah air itu bersama-sama Pulau Pinang kini bertukar pucuk pimpinan kerajaan negeri.

Kecuali Perak dan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mempunyai perlembagaan yang mewajibkan Menteri Besar memegang jawatan Presiden dan selepas ini sudah pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan pengurusan.

Kedudukan pegawai pasukan seperti pengurus dan juga Setiausaha Agung FAS dan KFA juga pasti menjadi tumpuan, memandangkan mereka terdiri daripada pegawai yang mendapat kepercayaan daripada bekas kerajaan negeri parti Barisan Nasional yang kini beralih posisi selaku pembangkang.

Hakikat itu diakui Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad walaupun menyedari perkara itu masih dalam peringkat awal untuk ditakrif mengenai status empat negeri terbabit.

Selanjutnya...


Hubungan FA-FAM Mulai Dingin
PETALING JAYA – Petanda awal hubungan dingin antara persatuan bola sepak (FA) negeri yang dikuasai pembangkang ekoran Pilihan Raya Umum Ke-12 terserlah dengan ketidakhadiran mengejut pegawai Kedah, Perak dan Pulau Pinang dalam majlis undian Piala FA dan sesi perjumpaan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Jemputan perjumpaan yang mulanya disahkan mahu dihadiri pegawai FA negeri berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, tiba-tiba tidak dipenuhi tanpa sebab jelas sebaliknya cuma wakil sebuah negeri yang turut dikuasai pembangkang, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Amin tetap menunaikan janjinya.

Setiausaha Agung FAM, Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, “Kami tidak tahu sebab sebenar mereka tidak hadir sedangkan menurut jawapan sebelumnya, mereka kata mahu hadir. Namun masih terlalu awal untuk mengulas sama ada ia berkaitan dengan perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri dan FA mereka.” Selanjutnya...

04 Mac 2008

PIALA FA

Pahang tidak rela disingkirkan
PAHANG tidak mahu terkeluar daripada saingan Piala FA. Untuk merealisasikan impian tersebut, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu berhajat 'membedil' Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan kedua pusingan pertama kejohanan itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam ini. Tidak puas dengan kemenangan 3-2 yang diraih pada perlawanan pertama sebelum ini, pasukan Tok Gajah itu kembali menanam azam untuk membenam ATM pada perlawanan yang dijangka sengit. Selanjutnya...

Mesti menang - Irfan
Itu amaran daripada jurulatihnya, Irfan Bakti menjelang pertemuan kedua Piala FA menentang Kuala Lumpur Plus (KL Plus) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. Pasukan Singa Utara itu yang hanya mampu seri di tempat sendiri pada pusingan pertama lalu berazam untuk mengekang kemaraan lawan kerana jika kalah peluang mereka untuk mara akan musnah. Selanjutnya...

Johar tidak akan menyerah kalah
Demikian tegas jurulatih Johor, Azuan Zain yang berharap anak buahnya dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika bertemu Negeri Sembilan Naza (NS Naza) pada saingan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini. Menurut Azuan, skuad Jengking perlu menang untuk meneruskan saingan selepas seri 0-0 pada perlawanan pusingan pertama di Paroi, Negeri Sembilan sebelum ini. Selanjutnya...

03 Mac 2008

LIGA SUPER

Nasib Perak, Perlis esok
Perak yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis dalam Liga Super kelmarin, perlu bangkit untuk menafikan kelebihan dua gol pelawat, Johor FC di Stadium Perak, Ipoh. Manakala Perlis, yang bertandang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menentang KL Plus belum berada pada zon selamat selepas seri 2-2 pada perlawanan pertama. Selanjutnya...

Seri ajar Kedah jangan alpa
Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menyifatkan keputusan 1-1 dengan Negeri Sembilan Naza, iaitu seri pertama selepas menang sembilan kali berturut-turut pada perlawanan bola sepak Liga Super kelmarin, pengajaran berguna kepada pemain. Kekalahan tersebut, katanya berpunca daripada kelalaian pemain yang mudah berasa yakin walaupun hanya mendahului dengan satu gol. Selanjutnya...

26 Februari 2008

LIGA SUPER

Kedah harap mata penuh
Kedah mahu memastikan tiga mata penuh di tempat sendiri apabila berdepan Johor FC hari ini bagi melebarkan kedudukan mata di tangga teratas Liga Super. Pasukan itu yang menjulang tiga kejuaraan musim lalu kini mengumpul 34 mata, hanya dua mata mengatasi Selangor, yang tidak beraksi hari ini di tangga kedua. Selanjutnya...

LIGA PERDANA

Johor hampiri pendahulu liga
Johor Pasir Gudang (Johor) berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu liga, KL Plus dengan hanya satu mata di belakang selepas menumpaskan PKNS Selangor 3-0 pada perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Larkin, malam tadi. Ketiga-tiga jaringan Johor itu diperoleh pada separuh masa pertama menerusi Otelo Ocampos Espinola (minit ke-19), Khairul Ismail (m-31) dan Tumba Laurent (m-45). Selanjutnya.. BH | UM

25 Februari 2008

LIGA SUPER

Irfan kecewa Perlis kecundang
KETUA Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan terhadap kekalahan anak buahnya kepada Johor FC pada saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, kelmarin. “Bagi saya, secara keseluruhannya persembahan malam ini adalah yang terburuk setakat ini. Ramai pemain utama tidak beraksi kerana masalah kecederaan yang sekali gus menjejaskan persembahan dan keupayaan pasukan. Selain itu, mungkin kerana mereka (pemain) keletihan kerana tanpa rehat yang cukup selepas mengharungi beberapa perlawanan Liga Super dan Piala FA,” kata bekas pengendali kelab Persipura Jayapura, Irian Jaya, itu mengulas kekalahan tipis anak buahnya 0-1 kepada Johor FC. Selanjutnya...

Ramlan ceria tebus kekalahan pusingan pertama
KETIKA pembimbing Johor FC, Ramlan Rashid teruja dengan kemenangan 1-0 ke atas Perlis, jurulatih Irfan Bakti Abu Salim pula kecewa dengan mutu persembahan anak buahnya dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, malam kelmarin. Ramlan menganggap kemenangan itu menebus kekalahan 1-3 kepada skuad Singa Utara dalam pusingan pertama dan dia lega dengan komitmen pemain sepanjang 90 minit perlawanan. Selanjutnya...

Selangor, Perak hampiri Kedah
KEMENANGAN Selangor dan Perak masing-masing ke atas DPMM dan Polis dalam saingan Liga Super kelmarin mencerahkan peluang kedua-dua pasukan itu untuk terus menghambat Kedah di persada liga. Selangor yang beraksi tanpa kapten pasukan, Shukor Adan pada pertemuan dengan DPMM di gelanggang lawan, masih mampu melakar kemenangan dan jurulatih Selangor, Dollah Salleh berharap rentak kemenangan Merah Kuning berterusan selepas ini. Selanjutnya...

22 Februari 2008

LIGA PERDANA

Johor enggan luka lama berdarah kembali

'LUKA' ekoran kekalahan kepada peneraju Liga Perdana, KL Plus sebelum ini ternyata masih berparut di hati jurulatih Johor, Azuan Zain. Bukan sahaja menyaksikan rekod tanpa kalah anak buahnya lebur, keputusan itu juga sedikit sebanyak menjejaskan peluang Johor untuk merampas takhta Liga Perdana. Selanjutnya...

KL Plus perlu konsisten layak ke Liga Super

KEJAYAAN mengungguli kedudukan Liga Perdana ketika ini mungkin memuaskan hati jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris, namun bekas pengendali Kuala Lumpur itu sedar pasukannya harus konsisten untuk mengekalkan penguasaan dalam usaha memastikan sasaran layak ke Liga Super tercapai. Menjelang pertemuan Liga Perdana dengan pasukan tangga keempat, Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini, Mat Zan mahu pasukannya mensasarkan tiga mata bagi terus melebarkan penguasaan dalam liga. Selanjutnya...

LIGA SUPER

Irfan lega pemain utama pulih
URULATIH Perlis, Irfan Bakti Abu Salim mampu menarik nafas lega apabila menerima perkhabaran beberapa pemain tonggaknya sudah pulih dan boleh beraksi bagi perlawanan Liga Super menentang Johor FC di Stadium JCorp Pasir Gudang, esok. "Oleh kerana perlawanan dengan Johor FC dijangka berlangsung sengit, maka kita amat memerlukan pasukan yang mantap". Selanjutnya...

Ramlan resah Johor FC tidak konsisten
Menurut Ramlan, dia kurang berpuas hati dengan sikap segelintir pemainnya yang mudah berpuas hati serta seolah-olah memandang remeh keupayaan lawan terutamanya ketika berhadapan dengan pasukan yang dianggap lemah. Ini kerana menurut Ramlan, anak buahnya seolah-olah menjadi individu yang berbeza ketika turun beraksi. Selanjutnya...

Perak coach refutes talk of crisis in team
Perak coach Steve Darby insists there is no internal crisis despite his team’s recent slump. After climbing to second in the Super League standings, the Seladang have hit a barren patch in the last two weeks. There is a crisis in Afghanistan, there is a crisis in Pakistan, but there is no crisis in the Perak football team. I admit that we played poorly and made mistakes to lose in Johor, but I do not have any problems with the player's attitude". Read More...

Buoyant Police now hope to click against Perak
It had been more than a month since Police last tasted victory. So, when they actually hammered KOR RAMD 5-1 in the FA Cup tie on Tuesday, it gave their confidence a huge lift. The morale-boosting win was timely as Police will be facing Perak in a Super League match in Ipoh tomorrow. Police suffered their biggest loss ever when they went down 0-6 to Perak in the first round of the Super League. Read more...

21 Februari 2008

HOTNEWZ : LAMAN WEB FAM DIBUKA

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan laman web miliknya kini boleh diakses dan dihubungi melalui nama pengenalan yang digunakan seperti sebelum ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, laman web persatuan itu tergendala pada bulan lepas ekoran beberapa aktiviti yang dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.
''Kini, para pelawat laman web FAM boleh diakses bagi mengetahui berita terkini, keputusan, perlawanan, kedudukan liga, carta penjaring, profil dan keratan akhbar berhubung pertandingan yang dijalankan, termasuk Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala FA," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Mereka yang mahu melayari web tersebut boleh mengaksesnya menerusi www.fam.org.my.

sumber : Utusan Online

CakapBola : Azraai, Marlon Alex James & Safee

Azraai senyum lebar
TIADA apa yang dapat dilafazkan jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah selain bangga dan berpuas hati dengan persembahan anak didiknya yang membelasah PKNS Selangor 5-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin. Menurut Azraai, kesebelasan yang diturunkan pada perlawanan itu berjaya menggunakan setiap peluang yang ada dengan begitu cemerlang sehingga mencatat keputusan yang memuaskan. "Itulah kesan daripada semangat juang yang dimiliki barisan pemain Kedah pada setiap perlawanan" kata Azraai semalam. Selanjutnya...

Marlon anggap hatrik motivasi Liga Super
MARLON Alex James - wira Kedah yang merakamkan hatrik ketika membantu pasukan menewaskan PKNS Selangor 5-2 dalam saingan Piala FA kelmarin, menyifatkan kemenangan besar itu sebagai motivasi penting menjelang perlawanan Liga Super berdepan Sarawak di Kuching, Sabtu ini. "Ia bagus untuk menjaringkan hatrik, tetapi kemenangan ini adalah hasil kerjasama sepasukan yang tinggi. Walaupun tugas saya ialah untuk menjaringkan gol, saya tidak kisah siapa yang melakukannya kerana apa yang penting Kedah mencapai kemenangan." Selanjutnya...

Sentuhan Safee makin berbisa
SENTUHAN penyudah penyerang Selangor, Mohd. Safee Sali semakin berbisa. Bagi Safee, dia menyifatkan taktikal pasukan Selangor yang berorientasikan serangan serta persembahan cemerlang rakan-rakan sepasukan banyak membantunya untuk menggegar jaring gol Brunei DPMM sebanyak tiga kali. "Memang saya puas hati dengan persembahan pasukan malam ini (kelmarin) kerana kita memang banyak melakukan serangan ke kubu Brunei DPMM sejak awal perlawanan lagi. Bagi saya, gol kedua paling istimewa buat saya kerana jarang mendapat peluang seperti itu dan menyempurnakannya dengan cantik," katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin. Selanjutnya...

ExtraTime : PIALA FA

Irfan persoal masa tambahan
JURULATIH Perlis, Irfan Bakti Abu Salim mempersoalkan masa tambahan selama enam minit yang diberikan pengadil perlawanan, Shokri Nor dalam perlawanan tuan rumah menentang KL Plus yang berkesudahan 2-2 dalam saingan Piala FA di Kangar, kelmarin. Selanjutnya...

Rentak sebenar Pulau Pinang 'mai' dah
KEMENANGAN 2-0 Pulau Pinang ke atas pasukan UPB-My Team pada pusingan pertama Piala FA kelmarin merupakan amaran bahawa skuad bimbingan Mohamad Bakar itu belum mahu mengalah. Selanjutnya...

Pertahanan leka punca Perlis seri
KELEKAAN barisan pertahanan Perlis pada minit-minit terakhir perlawanan menghukum pasukan itu apabila hanya mampu seri 2-2 dengan Kuala Lumpur Plus (KL Plus) pada saingan pusingan pertama bola sepak Piala FA di Stadium Utama Negeri, Kangar kelmarin. Selanjutnya...

20 Februari 2008

LIGA PERDANA

BACK to Likas
“We were informed that the Likas Stadium is now fit to hold matches. The faulty floodlights at the Stadium have been repaired,” said Harry yesterday. The Rhinos were forced out of the Likas Stadium since last August due to the faulty floodlights at the Stadium. They have been playing their home games at the Tawau Sports Complex since the start of the new season 2007-2008 – in December. Prior to that, the Rhinos also played their 2006-2007 Malaysia Cup quarter-final and semi-final matches at the Tawau Sports Complex. This new season, they played six matches at the Tawau Sports Complex – winning thrice (against Proton FC – 4-1, Felda United – 2-1 and Melaka – 3-0) , drawing once (with Johor – 1-1), and losing twice (Kuala Muda Naza – 0-2 and PKNS – 0-1). Read more...

LIGA SUPER

Yunus yakin jinakkan UPB-MyTeam
Jurulatih Yunus Alif berkata, gandingan Gleisson Freire-Ashaari Shamsuddin-Abdul Manaf Mamat perlu bertindak bijak mengambil peluang yang diperolehi agar mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila bertandang ke gelanggang lawan itu. Selanjutnya...

PIALA FA

Kedah, Selangor kenduri gol
DUA penggempur berbisa, Marlon Alex James dan Safee Sali saling mencipta hatrik untuk mengemudi dua pasukan teratas Liga Super - Kedah dan Selangor - menang besar pada aksi pembukaan pusingan pertama Piala FA, malam tadi. Marlon membantu Kedah membawa pulang kelebihan selesa apabila membelasah PKNS 5-2 di Stadium MBPJ ketika tiga gol Safee membolehkan Selangor membenamkan kelab Brunei, DPMM FC 5-1 di Stadium Shah Alam. Selanjutnya...

Tiada kejutan berlaku

Hampir sebahagian besar pasukan Liga Super mencatat kemenangan selesa pada perlawanan pertama pusingan pertama Piala FA yang membuka tirai saingan, semalam. Malah ada pasukan seperti Sarawak, Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Selangor mudah meratah lawan mereka dengan jaringan besar sekaligus memperoleh bekalan selesa menjelang perlawanan kedua pusingan kedua pada 4 Mac nanti. Selanjutnya...

Kedah, Selangor hit five past their opponents
efending FA Cup champions Kedah and four-time winners Selangor produced five-star performances to cruise to victories in their first round, first-leg matches yesterday. Kedah hammered lowly Selangor PKNS 5-2, courtesy of a hat-trick by Marlon James at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya. Read more...

19 Februari 2008

HOTNEWZ : KAD KUNING

Piala FA medan uji ketahanan
Persaingan kalah mati edisi ke-19 Piala FA malam ini bakal menjadi medan ujian getir 28 pasukan yang berentap merebut kejuaraan sengit. Namun, apa yang melegakan ialah, persaingan setiap peringkat kali ini dikembalikan secara dua pusingan timbal balik, berbeza dengan edisi lalu di mana hidup mati setiap pasukan cuma bergantung dalam satu pusingan kecuali jika mara sehingga suku akhir. Selanjutnya...

Testing time for debutants
THE FA Cup kicks off today with three teams from the FAM Cup competition pitted against top teams and clubs from the Malaysian Super League and Premier League. MP Muar host Malacca at the Larkin Stadium, Kuala Terengganu Municipality travel to Sarawak while Royal Malay Regiment (RMR) entertain Police at the Hang Tuah Stadium in Malacca. Read more...

PIALA FA

Khyril waspada jumpa PKNS
REPUTASI selaku pendahulu Liga Super tidak melahirkan rasa keyakinan terlalu tinggi buat pemain sayap Kedah, Khyril Muhymeen Zambri menjelang pertemuan pasukannya dan PKNS Selangor dalam perlawanan pertama, pusingan pertama Piala FA di gelanggang lawan malam ini. Selanjutnya...

Safee sedia gempur Piala FA
Sembilan gol dalam Liga Super bersama Selangor sudah cukup untuk meletakkan Safee Sali sebagai antara penyerang yang digeruni dalam saingan liga musim ini. Jaringan kemenangan pada minit ke-82 untuk Selangor menewaskan UPB MyTeam di Shah Alam, Selangor Sabtu lalu membuktikan sentuhan berbisanya semakin menjadi. Selanjutnya...

14 Februari 2008

LIGA PERDANA

Jurulatih PDRM akui serangan tumpul
JENTERA serangan masih tumpul. Demikian tegas jurulatih PDRM, K. Thaiyanathan mengenai kekalahan 0-2 kepada Johor FC pada saingan Liga Super kelmarin. Menurutnya, untuk mengatasi masalah tersebut pihaknya sangat memerlukan pemain import berkualiti bagi mempertajamkan lagi cengkaman pada barisan serangan.

elasnya, Josiah Seton yang juga bekas pemain Sabah dan Pahang adalah antara beberapa pemain import yang sedang mencuba nasib untuk beraksi dengan juara Liga Perdana itu musim lalu. Selanjutnya...

HOTNEWZ : KAD MERAH

RAHMAN dilamar kelab surabaya
BEKAS jurulatih Perlis, Abdul Rahman Ibrahim dikhabarkan sudah memberikan persetujuan secara lisan melatih sebuah kelab profesional di Surabaya, Indonesia.

Difahamkan, tawaran kepada bekas pengendali skuad senior kebangsaan itu dibuat oleh pengurusan kelab berpengkalan di Surabaya itu beberapa hari lalu sebaik saja khidmatnya bersama Perlis ditamatkan berkuatkuasa 1 Februari lalu. Jika segalanya berjalan seperti dirancangkan, jurulatih berusia 62 tahun itu dijangka dilantik secara rasmi sebagai jurulatih pasukan yang beraksi dalam Liga Super Indonesia itu, April ini. Selanjutnya...

Pengurus Pulau Pinang letak jawatan
Datuk Mohd. Zain Omar melepaskan jawatannya semalam. Alasannya mudah iaitu mahu menumpukan komitmennya sebagai ahli politik. Selanjutnya...

LIGA SUPER

Dollah boleh senyum dan tidak terkejut selangor bangkit di Ipoh
‘‘Saya sudah melihat semangat yang dipamerkan pemain tiga hari sebelum perlawanan iaitu ketika dalam latihan, mereka menunjukkan semangat yang jitu sepanjang latihan tersebut,’’ kata Dollah. Selanjutnya...

"Kekalahan kepada Perak sebelum ini melenturkan semangat pasukan kami tetapi saya bangga dengan setiap pemain saya yang mula menguatkan kembali semangat mereka menjelang perlawanan di Ipoh. Selanjutnya...

Khir bangga
KEPUTUSAN luar jangkaan di Stadium Perak malam kelmarin jelas melegakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan individu paling gembira dengan kejayaan bersejarah itu ialah Presiden, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Selanjutnya...

Irfan kagum
“MEREKA bermain dengan cukup baik. Saya dapati semangat dan fokus mereka tetap tinggi walaupun agak tertekan, apatah lagi selepas ketinggalan dengan satu jaringan di awal babak kedua. Apa pun saya memuji mereka kerana bangkit melawan sehingga berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya menjaringkan dua lagi gol untuk memastikan kemenangan,” kata ketua jurulatih Perlis. Selanjutnya...

Wan Jamak kecewa aksi longlai
SEKALIPUN berjaya mengelak aib di gelanggang sendiri selepas seri 1-1 dengan Terengganu dalam saingan Liga Super di Paroi, kelmarin, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan kecewa kerana ada pemainnya tidak beraksi pada keupayaan sebenar mereka. Selanjutnya...

12 Februari 2008

CakapBola : Yusri buka 'buku baru'

KAPTEN Perlis, Yusri Che Lah dan rakan-rakan melafazkan janji untuk membuka 'buku baru' bagi pusingan kedua Liga Super dengan menjana kemenangan bermakna ke atas Pulau Pinang di gelanggang lawan, malam ini buat melengkapkan kedudukan terpuji musim ini.

Pemain tengah berpengalaman itu beranggapan di sebalik hakikat sasaran itu bukan sesuatu yang mudah dicapai namun menyuarakan tekad besar bersama rakan sepasukan untuk memastikan skuad Singa Utara itu tidak pulang dengan tangan kosong.

“Saya dan rakan sepasukan tidak berhasrat untuk menafikan keupayaan dan kelebihan lawan yang beraksi di hadapan penyokong tempatan, malah jauh sekali mahu mendabik dada bakal memiliki laluan mudah untuk mengatasi mereka.

“Bagaimanapun, itulah azam dan komitmen yang mahu dilakukan oleh saya dan rakan sepasukan bagi memastikan pertemuan pembuka tirai pusingan kedua liga itu tidak berakhir dengan kekecewaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

LIGA SUPER

Perak vs. Selangor : Perlawanan tumpuan
Sesudah Seladang menakluki Stadium Shah Alam pada 2 Februari lalu, kini giliran Gergasi Merah menyerbu ke Stadium Perak dengan dendam yang meluap-luap untuk menebus kekalahan 4-2 dalam perlawanan yang dijangka turut hebat lagi dibanjiri gol semula. Selanjutnya...

Ariel dan Fuentes mula serasi
Keberkesanan dua pemain import dari Argentina itu mengemudi barisan serangan terserlah selepas membantu skuad itu menewaskan Polis 2-1 apabila masing-masing mencipta jaringan tatkala menamatkan kempen pusingan pertama liga elit domestik. Selanjutnya...

LIGA PERDANA

Johor belasah KM NAZA
Pendahulu bola sepak Liga Perdana, Kuala Muda Naza menerima tamparan hebat semalam apabila dibelasah 0-4 oleh pencabar terdekatnya, Johor Pasir Gudang di Stadium Darulaman. Selanjutnya...

11 Februari 2008

HOTNEWZ : KAD KUNING

JPMM KAHANG cungkil bakat baru bola sepak
Menyedari hakikat itu, Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang, menubuhkan Akademi Bola Sepak DUN Kahang, yang bermatlamat untuk mencungkil seberapa ramai bakat baru kalangan anak kampung untuk diketengahkan pada saingan lebih tinggi.

Akademi Bola Sepak DUN Kahang mendapat bantuan kepakaran Ken Barnes FC Soccer Skill, untuk mencurahkan pengetahuan mengenai bola sepak seterusnya mengesan serta menggilap bakat baru khususnya kalangan pelajar sekolah di kawasan pedalaman. Selanjutnya...

LIGA SUPER

Misi Negeri Sembilan
SERAMPANG dua mata menjadi misi Negeri Sembilan ketika memulakan aksi pusingan kedua menentang Terengganu dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok. Selanjutnya...

Wan Jamak harap senruhan Udo
JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan (gambar) yakin penyerang importnya, Fortune E Udo, bakal memperagakan aksi lebih mantap dan menemui sentuhan berbisanya sebaik pusingan kedua saingan Liga Super bermula Selasa ini. Selanjutnya...

PETEH atur strategi khas
BAGI menghadapi perlawanan dengan Perak di Kuala Terengganu pada 16 Februari ini, skuad Penyu kendalian jurulatih, Yunus Alif mengatur strategi khas bagi memastikan rekod bersih di gelanggang sendiri tidak tercalar. Selanjutnya...

LIGA PERDANA

KL PLUS cari peluang rampas taktah
Pasukan KL Plus yang kini berada di tangga ketiga Liga Perdana berharap permulaan pusingan kedua ini memberi peluang kepada mereka untuk merampas kedudukan takhta liga, selepas hanya dipisahkan dengan lima mata oleh pasukan pendahulu Kuala Muda (KM) Naza. Selanjutnya...

04 Februari 2008

HOT NEWZ : KAD KUNING

FAM harus suntik Futsal
TIRAI kejohanan Futsal KL World 5's yang dilabuh, semalam menyaksikan skuad kebangsaan berjaya mencapai kadar peningkatan berbanding edisi pertama pada 2003 apabila berjaya mara ke separuh akhir kategori Plate walaupun masih wujud kelemahan yang agak ketara. Selanjutnya...

LIGA SUPER

Hijau Kuning beri bayangan awal
BERMULA perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebagai pembuka tirai Liga Super pada 17 November 2007 sehingga perlawanan DPMM Brunei bertemu UPB-MyTeam yang tergendala sehingga disambung semula semalam, jelas banyak yang mampu diperkatakan dalam melihat perkembangan Liga Malaysia kali ini. Selanjutnya...

UPB-MyTeam pulang dengan mata penuh
Gol jaringan R. Arumugam di minit ke-12, Sasa Branezac (minit ke-35 dan ke-70) membolehkan pasukan pelawat pulang dengan mata penuh walaupun cuba disaingi tuan rumah melalui jaringan Francois Mpessa (minit ke-16) dan Rosmin Khamis (minit ke-77). Selanjutnya...

Zainal kecewa Tok Gajah seri
Sambil kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan anak buahnya itu, Zainal berkata, beliau tidak teragak-agak menuding jari kepada penjaga gol, Mohd. Syamsuri Mustaffa sebagai punca Pahang terlepas mengutip mata penuh. Selanjutnya...

Dollah beri masa Elie bangkit
‘‘Elie bermain untuk perlawanan pertamanya pada malam ini dan dia mungkin agak kepenatan selepas selama dua atau tiga hari tidak turun beraksi di atas padang" Selanjutnya...

LIGA PERDANA

Ramli terpaksa 'gugur' diri sendiri
Dia juga sudah muak dengan gelagat terlalu banyak campur tangan dan pergolakan dalaman Mafa sambil berkata belum menerima sebarang surat daripada Mafa yang meminta dia berehat sebaik pasukan bimbingannya tewas 0-3 kepada Sabah, Jumaat lalu. Selanjutnya...

28 Januari 2008

LIGA SUPER

Zainal Geram Pertahanan Hilang Tumpuan
Bekas pemain kebangsaan itu kecewa dengan tahap displin pemainnya yang gagal memanfaatkan peluang selepas mendahului 2-0 sebelum lawan berjaya menyamakan kedudukan 2-2. Selanjutnya...

Effandy bangga balas keyakinan Jurulatih
Negeri Sembilan dalam misi menundukkan Pahang, sebaliknya pemain gantian, Effendy Malek dan barisan muda, Mohd Rahman Zabul, yang menyelamatkan maruah pasukan itu. Selanjutnya...

26 Januari 2008

LIGA SUPER

Ujian sebenar trio import Hijau Kuning
Kelibat Cornellius Bernard Hugging, Nelson Sam Martin dan Marlon Alex James pasti menjadi sandaran utama untuk menjana kejayaan di halamaan sendiri - apatah lagi pelaburan besar dibuat ke atas mereka melihat kejayaan skuad Hijau Kuning musim ini. Selanjutnya...

LIGA PERDANA

Johor PG teruskan dominasi liga
WALAUPUN bermain 10 pemain, Johor Pasir Gudang (PG) meneruskan dominasi diciptanya apabila terus menjarakkan diri dalam saingan Liga Perdana selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, dekat Cheras, malam tadi. Selanjutnya...

25 Januari 2008

NEWSHOTZ : KAD MERAH

Khairy outlines dual mission
FA of Malaysia deputy president Khairy Jamaluddin, in announcing them yesterday, said Malaysia have to improve their Fifa ranking of 164. More...

Italy among teams competing in the Inter-Continental U-23 meet
The FA of Malaysia (FAM) general secretary Datuk Azzuddin Ahmad said the other confirmed teams were Brazil, Mexico and China while Malaysia will field the national back-up squad “B” team. More...

PIALA FA

Kedah dapat laluan mudah
Juara bertahan, Kedah mendapat laluan mudah apabila diundi menentang pasukan Liga Perdana, PKNS pada pusingan pertama saingan Piala FA. Perlawanan pusingan pertama Piala FA akan berlangsung pada 19 Februari ini disusuli perlawanan kedua pada 4 Mac ini. Selanjutnya UM @ BH

LIGA PERDANA

AZUAN : Saya tidak berani nak cakap
Demikian komen ringkas jurulatih Johor, Azuan Zain mengenai kekuatan Kuala Lumpur menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. Selanjutnya...

24 Januari 2008

LIGA SUPER

NS ingin balas dendam
Kekalahan 1-2 kepada Pahang itu meranapkan impian Negeri Sembilan untuk melayakkan diri ke final, tetapi mujur kekecewaan itu diubati apabila mereka dinobatkan juara Liga Super musim berkenaan. Selanjutnya...

Yusri Che Lah "Perlis perlu menang dengan Johor FC"
onggak berpengalaman itu berkata, selepas tiga kekalahan daripada sembilan perlawanan Liga Super yang diharungi, Perlis tidak boleh `kecundang' lagi untuk mengutip mata. Selanjutnya...

Azraai belum panik
JURULATIH Kedah tetap tenang walaupun bakal kehilangan lapan tonggak utama menjelang pertemuan dengan Sarawak pada saingan bola sepak Liga Super di Alor Star Sabtu ini. Selanjutnya...

Victor : Keep it up, lads
Centreback Victor, who has been a pillar of strength for Kedah, said: "The beginning of the season has been tough compared to last year's. More...

23 Januari 2008

LIGA SUPER

Wan Jamak bangga aksi Lamin


Negeri Sembilan Naza bertuah kerana memiliki pemain yang berasal dari Sierra Leone itu berikutan aksi mantap dan kesungguhan yang ditunjukkan setakat ini nyata memuaskan.
Ini diakui sendiri jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, bahawa kehadiran Mohd Lamin dalam pasukan memberi kesan baik terutama dalam menjana kekuatan di bahagian tengah. Selanjutnya...

Freire pertajam serangan Terengganu

SKUAD Terengganu menarik nafas lega apabila penyerang dari Brazil, Gliesson Freire dapat beraksi semula selepas menjalani penggantungan tiga perlawanan akibat dilayang kad merah ketika menentang Pahang, awal bulan ini. Selanjutnya...

Thaipusam cetus semangat Gunalan

“Jurulatih (Dollah Salleh) dah beri cuti sehari untuk sambut Thaipusam, jadi saya akan balas dengan menghadiahkan tiga mata penuh Sabtu ini.” Demikian janji pemain pertahanan Selangor, P. Gunalan menjelang pertemuan menentang Brunei DPMM di Stadium Shah Alam Sabtu itu. Selanjutnya...


Caceres gets Darby's backing

Perak coach Steve Darby said the two goals were just the tonic to boost the striker's confidence and more can be expected from him as the season progresses. "In fact Caceres had a hand in some of the goals Khalid scored in previous.matches," said Darby.
"Caceres works hard in training and is a very disciplined player. It is a pity he has been singled out for criticism by some fans after defeats to Kedah and Perlis." More...

22 Januari 2008

JADUAL PERLAWANAN : LIGA PERDANA 2007/2008

25 JANUARI 2008

Perlawanan
Masa Tempat
Shahzan Muda Felda United 8.45 malam Stadium Darul Makmur, Kuantan
Sabah PKNS 8.15 malam Kompleks Sukan Tawau
Harimau Muda KL PLUS 8.45 malam Stadium Shah Alam
ATM KM NAZA 8.45 malam Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Proton FC Kelantan 8.45 malam Stadium Petaling Jaya
Kuala Lumpur Johor PG 8.45 malam Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

KEDUDUKAN LIGA PERDANA 2007/2008

Pasukan P M S K J B Mata
JOHOR PG 7 6 1 0 15 5 19
KUALA MUDA 7 6 0 1 13 4 18
KELANTAN 6 4 2 0 14 7 14
KL PLUS FC 6 4 1 1 8 3 13
SABAH 7 3 2 2 13 8 11
PROTON FC 6 3 0 3 10 11 9
KUALA LUMPUR 6 2 2 2 9 7 8
FELDA UNITED 6 2 2 2 6 6 8
HARIMAU MUDA 6 2 0 4 4 11 6
PKNS 5 1 0 4 7 7 3
MELAKA 7 1 0 6 7 15 3
ATM 6 1 0 5 7 20 3
SHAHZAN MUDA 7 0 0 5 7 20 2


Setakat 22 Januari 2008 - sumber Utusan Online

LIGA PERDANA

MAFA beri surat tunjuk sebab
SEMUA 23 pemain liga Perdana Melaka musim ini menerima surat tunjuk sebab yang juga amaran pertama oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) selepas aksi tidak konsisten pasukan terbabit di kancah saingan ketika ini. Selanjutnya...

PRITT!!! : SEPAK MULA!

Salam sejahtera semua,

Weblog ini diwujudkan untuk memeriahkan lagi suasana berita hangat yang terkini untuk peminat-peminat bola sepak tanah air kita yang tercinta ini - MALAYSIA. Demikian itu, saya berharap dapat menyampaikan berita-berita terkini daripada pelbagai sumber terutamanya Utusan Online, Berita Harian Online, Metro Online, The Star Online, NSTP Online, New Sabah Times Online dan pelbagai sumber lagi.

Selain berita terkini, turut dimuatkan dalam weblog ini adalah seperti jadual perlawanan, keputusan perlawanan terkini dan sebagainya.

Kepada anda yang mempunyai idea untuk memantapkan lagi bolehlah e-mel di bolasanabolasini@gmail.com .


Sekian.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ferrari Cars. Powered by Blogger