KAPTEN Perlis, Yusri Che Lah dan rakan-rakan melafazkan janji untuk membuka 'buku baru' bagi pusingan kedua Liga Super dengan menjana kemenangan bermakna ke atas Pulau Pinang di gelanggang lawan, malam ini buat melengkapkan kedudukan terpuji musim ini.
Pemain tengah berpengalaman itu beranggapan di sebalik hakikat sasaran itu bukan sesuatu yang mudah dicapai namun menyuarakan tekad besar bersama rakan sepasukan untuk memastikan skuad Singa Utara itu tidak pulang dengan tangan kosong.
“Saya dan rakan sepasukan tidak berhasrat untuk menafikan keupayaan dan kelebihan lawan yang beraksi di hadapan penyokong tempatan, malah jauh sekali mahu mendabik dada bakal memiliki laluan mudah untuk mengatasi mereka.
“Bagaimanapun, itulah azam dan komitmen yang mahu dilakukan oleh saya dan rakan sepasukan bagi memastikan pertemuan pembuka tirai pusingan kedua liga itu tidak berakhir dengan kekecewaan,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online
0 ulasan:
Catat Ulasan