Tiga Pendahulu Terasa Bahang
TIGA pasukan teratas Liga Super - Kedah, Selangor dan Perak - kini pasti merasai tempias keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Sabtu lalu apabila pasukan berpengaruh dalam bola sepak di tanah air itu bersama-sama Pulau Pinang kini bertukar pucuk pimpinan kerajaan negeri.Kecuali Perak dan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mempunyai perlembagaan yang mewajibkan Menteri Besar memegang jawatan Presiden dan selepas ini sudah pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan pengurusan.
Kedudukan pegawai pasukan seperti pengurus dan juga Setiausaha Agung FAS dan KFA juga pasti menjadi tumpuan, memandangkan mereka terdiri daripada pegawai yang mendapat kepercayaan daripada bekas kerajaan negeri parti Barisan Nasional yang kini beralih posisi selaku pembangkang.
Hakikat itu diakui Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad walaupun menyedari perkara itu masih dalam peringkat awal untuk ditakrif mengenai status empat negeri terbabit.
Selanjutnya...
Hubungan FA-FAM Mulai Dingin
PETALING JAYA – Petanda awal hubungan dingin antara persatuan bola sepak (FA) negeri yang dikuasai pembangkang ekoran Pilihan Raya Umum Ke-12 terserlah dengan ketidakhadiran mengejut pegawai Kedah, Perak dan Pulau Pinang dalam majlis undian Piala FA dan sesi perjumpaan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.Jemputan perjumpaan yang mulanya disahkan mahu dihadiri pegawai FA negeri berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, tiba-tiba tidak dipenuhi tanpa sebab jelas sebaliknya cuma wakil sebuah negeri yang turut dikuasai pembangkang, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Amin tetap menunaikan janjinya.
Setiausaha Agung FAM, Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, “Kami tidak tahu sebab sebenar mereka tidak hadir sedangkan menurut jawapan sebelumnya, mereka kata mahu hadir. Namun masih terlalu awal untuk mengulas sama ada ia berkaitan dengan perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri dan FA mereka.” Selanjutnya...
0 ulasan:
Catat Ulasan